Halangan Kepada Kajian Tamadun Mu

Malangnya walau pelbagai bukti bergambar, bahasa dan kaitan dengan pelbagai dongeng purba dari pelbagai bangsa di sekitar persisiran pantai-pantai di sekitar lautan Pasifik, namun begitu, ada pihak-pihak tertetu telah dengan sengaja menafikan semua bukti-bukti tersebut dan terus mengabaikan semuanya kerana mempertahankan teori tanpa asas yang sedia dipercayai demi kepentingan-kepentingan pihak-pihak tertentu. Maka semua binaan-binaan tinggalan yang tidak dapat disembunyikan seperti patung Easter di Pulau Easter ditinggalkan menjadi misteri tanpa diselesaikan sehingga menjadi dongeng-dongeng bersama bukti kewujudan.

Selain itu, Demi kepentingan pelancongan dan patriotisme ada juga penokok tambahan dilakukan dan menjejaskan kesahihan bukti-bukti yang ada. Selain itu, pada 5hb April 1998, Sebuah Gempabumi besar ( 7.7 pada skala Richter ) menghentam kawasan tersebut lantas menyukarkan baikpulih dan pengekalan (konservasi) kawasan tersebut dapat dilakukan. Kemungkinan perubahan struktur yang besar sehingga merosakkan binaan atau tulisan ukiran purba yang unik boleh berlaku.

Contoh ukiran pahat berbentuk tulisan pada dinding-dinding binaan.

  • Senarai tulisan yang terdapat diukir pada dinding Kota yang dikatakan Tenggelam tersebut.Ukiran-ukiran pahat berulang-ulang di kebanyakan sudut di kota tersebut.
  • manuskrip tulisan melayu lama dalam simpanan Muzium di London. Salah satu dari beribu-ribu manuskrip yang dibawa Stamford Rafles dari Singapura. Perhatikan beberapa aksara yang hampir menyerupai bentuk-bentuk tulisan yang terpahat lebih 10 ribu tahun dahulu.